Konsep Belajar Jawi Sambil
Bermain
Permainan adalah suatu
aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar.
Permainan berbentuk
pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentu
akan menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang
seronok.
1. Permainan
”Roda Impian Jawi”
Permainan ini adalah
sama seperti rancangan realiti ”Roda Impian” . Murid diminta
memilih satu suku kata
atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat
pada roda akan
berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang memusing roda
diminta menyambung dan
mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah
difahami.
2. Joran Jawi
Guru menyediakan kad
huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka berbentuk ikan.
Pelajar akan memancing
menggunakan joran dan akan mengeja suku kata. Pelajar yang
dapat mengeja dengan
betul akan diberi ganjaran.
3. Pandai
Joran
Kad-kad huruf tunggal
jawi akan ditampal di atas polisterin secara berselerak. Pelajar
akan memilih dan
menyebut suku kata atau huruf berulang kali. Pelajar yang tidak dapat
menguasa kemahiran
akan diajar menyebut huruf atau mengeja suku kata terbuka.
Pengelolaan Pengajaran
dan Pembelajaran
Aktiviti yang dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara
individu, kumpulan dan
kelas secara terancang dan teratur di samping mengaitkan
aktiviti dengan akhlak
Islam dan nilai-nilai murni.
1. Aktiviti secara
Individu
Aktiviti yang
dijalankan secara individu memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi secara
personal dengan guru dan secara tidak langsung guru dapat
mengetahui kelemahan
pelajar.
2. Aktiviti secara
Kumpulan
Pembahagian
kanak-kanak kepada beberapa kumpulan membolehkan pelajar
berkomunikasi dan
bekerjasama. Aktiviti yang berbentuk permainan sangat sesuai
terutama guru
mengadakan pertandingan.
3. Aktiviti secara
Kelas
Aktiviti ini
melibatkan seluruh kelas secara serentak. Guru menggunakan aktiviti ini
untuk menyampaikan
maklumat , arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan
membuat refleksi
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Antara aktiviti
yang sesuai dijalankan
ialah nyanyian, bercerita atau kuiz.
petikan dari : http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/p/kajian-pemulihan.html
petikan dari : http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/p/kajian-pemulihan.html
No comments:
Post a Comment