Abjad Jawi

Abjad Jawi

Tuesday, 20 May 2014

Klinik Jawi di Radio IKIM.fm

Klinik Jawi di Radio IKIM.fm


Mari kita belajar Jawi melalui rancangan Klinik Jawi. Ikutilah siarannya di IKIM.fm pada setiap Hari Sabtu jam 10.00 pagi. Ianya dikendalikan oleh Encik Muhammad Suffian Bin Amrin bersama Tuan Haji Azman Bin Haji Ahmad, Pegawai Perancang Bahasa, DBP.
Rancangan ini ditaja oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sudah lebih setengah tahun ia bersiaran iaitu sejak 2 Jun 2012.
Dapatkanlah 40 modul, dengarkan 28 rakaman dan lihat 52 gambarajah untuk memudahkan proses pembelajaran tuan/ puan di sini.
01Mengenal huruf jawi. Abjad Jawi Bahasa Melayu mengandungi 37 huruf
ا، ب، ت، ة، ث، ج، چ، ح، خ، د، ذ، ر، ز، س، ش، ص، ض، ط، ظ، ع، غ، ڠ، ف، ڤ، ق، ک، ڬ، ل، م، ن، و، ۏ، ء، ه، ي، ى، ڽ
Huruf ك Arab dan ک Jawi.
GambarTiadaNota
02Huruf gubalan Melayu ada 6: ca (چ), nga (ڠ), pa (ڤ), ga (ڬ), va (ۏ) dan nya (ڽ)Gambar a
Gambar b
TiadaNota
03Mengenal garis duduk huruf Jawi. Garis duduk sesuatu huruf Jawi membantu kita menulis, membentuk dan menyambung huruf Jawi dengan baik.GambarAudioNota
04Mengenal sifat-sifat huruf Jawi. Bertiang, terbaring, berkepala tirus, bersiku, berekor tanpa kepala, bergerigis (bergigi), berperut kempis, bertiang dan berperut, berkepala dan bertapak datar, bertapak lengkung, tegak dan bertangkai, berumah, tiada gigi.GambarAudioNota
05Penyambungan/ perangkaian huruf. Tulisan Jawi ditulis DARI KANAN KE KIRI sama seperti tulisan Arab.
Jawi TIADA HURUF BESAR ATAU KECIL.
Kata sendi di dan ke ditulis RAPAT dengan perkataan selepasnya.
Cara menulis labu, di mana, ke tepi dalam tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
061. Kelompok Huruf Pemutus – 7 huruf yang BOLEH BERSAMBUNG sebelum, tetapi TIDAK BOLEH BERSAMBUNG selepasnya.
2. Kelompok Huruf Perangkai – 27 huruf BOLEH BERSAMBUNG sebelum dan selepasnya.
Cara menulis perkataan wad, pen, gigi di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
073. Huruf hamzah (ء) adalah satu-satunya huruf berumah. Ia TIDAK BOLEH BERSAMBUNG dengan huruf sebelum dan selepasnya.
Ia menumpang huruf alif, ya atau duduk di awang-awangan.
Cara menulis perkataan seibu, masalah dan baik di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
084. Kelompok Huruf di hujung kata.
Huruf ‘ta’ marbutah (ة) hanya bagi mengeja kata serapan Arab.
Huruf ‘ye’ (ى) untuk mengeja kata serapan Arab dan Inggeris.
Cara mengeja sunat, fatwa, isme, memfatwakan, memetabolismekan di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
09Mengenal titik huruf. (Dengarkan DJ Sufian dan Ustaz Azman berlakon kisah Nujum Pak Belalang)
Panduan buat guru:
1. Besarkan saiz titik.
2. Jangan menyambung titik.
3. Tapak titik tiga.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
10Di manakah kedudukan titik huruf ب ت ث ن ي ڽ ?
Di awal perkataan – paling kanan.
Di tengah perkataan – tengah-tengah penyambung huruf.
Di akhir perkataan – tengah-tengah rumah huruf.
Titik ج چ خ ش ض ظ غ ڠ ف ڤ ق ڬ kekal di tengah huruf di manapun ia berada
GambarAudioNota
11Mengenal tanda baca. Tanda koma (،). Tanda koma bertitik (؛). Tanda petik. Tanda soal (؟). Tanda garis mereng.
Cara menulis:
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
Bilakah berakhirnya Ramadhan?
Tun/ Tan Sri/ Datuk di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
TiadaNota
12Angka Hindu: Ditulis dari KANAN KE KIRI ٩٨٧٦٥٤٣٢١٠
Angka Arab: Ditulis dari KIRI KE KANAN 0123456789
Abjad Arab ditulis DARI KANAN KE KIRI: ا ب ج د ه و ز ح ط ي ك ل م ن ش ع ف ص ق ر س ت ث خ ذ ض ظ غ .
Sistem Jawi menggunakan sistem penomboran Arab.
Contoh penulisan nombor sahaja: 11.8.2012
Contoh penulisan nombor + tulisan Jawi
Gambar a
Gambar b
TiadaNota
13Contoh-contoh penomboran: Menulis tarikh dan waktu di dalam aturcara program dan bilangan objektif sesuatu program di dalam bahasa atau tulisan Jawi.Gambar a
Gambar b
TiadaNota
14Dengarkan DJ Pian bersyair. Perlambangan bunyi vokal. ا، ي، ى، و، اي، او
Mengeja api, esa, ikan, ekor, ular, orang, padi, kira, rela, bom, koma, lusa, lagi, sati, nasionalisme, batu dan pidato di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
15Mengenal sukukata terbuka dan tertutup.
Cara mengeja sukukata terbuka perkataan abu, esa, ela, ibu, obor, ubi, cara, rela, pipi, kota, bola, dosa, nasionalisme, sati, rugi, soto, ratu di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
E pepet tidak dilambangkan dengan huruf jawi.
GambarAudioNota
16Sukukata tertutup.
Cara mengeja perkataan satu sukukata tertutup cap, men, sen, pin, kon, tun.
Cara mengeja perkataan dua sukukata tertutup artis, sampan, sempit, rendang, hampir, sotong, pantun di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarTiadaNota
171. Vokal [e] pepet TIDAK dilambangkan dengan apa-apa huruf Jawi.
2. Vokal [a] ditengah-tengah sukukata tertutup TIDAK dilambangkan dengan huruf alif. Pola [KVK]
Cara menulis jerebu, semperit, bas dan sampan di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
18Diftong [au]:
Awal – اءو
Tengah dan akhir – او
Cara menulis perkataan rayau, sauna, aura di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Cuba eja audit, aur, auditorium, aisberg, aiskrim dan air.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
191. Diftong [ai]:
Awal – اءي
Tengah dan akhir – اي
2. Diftong [oi]:
Awal – اووي
Tengah dan akhir – وي
Cara menulis perkataan lebai, baiduri, aising boroi, boikot dan oidium di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
201. Perlambangan bunyi konsonan b, c, d, g, h, j, k, l.
Cara menulis kata jati Melayu; batu, cara, duku, gali, hari, jala, kaki, lalu di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
2. Perlambangan Konsonan ‘K’:
Kata jati Melayu = ق
Kata serapan Inggeris = ک
Cara menulis perkataan longgok, sesak, klinik, plastik di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
21Perlambangan bunyi Konsonan ‘K’, m, n, ng dan p.
Cara menulis perkataan laksa, paksa, teksi, diksi, malam, tadi, nganga, para di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
22Perlambangan bunyi konsonan r, s, sy, t, w, y, z, ny.
Cara menulis perkataan ragu, sudu, syor, tali, wau, yang, zapin dan nyanyi di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
23Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
B, C, D, F, G, H
Cara mengeja perkataan blok, ciri, duti, filem, glob dan hidro di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
24Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
J, K, L, M, N, P.
Cara mengeja perkataan jet, klon, lori, magis, nota dan plot di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
25Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
R, S, SY, T, V, W, X.
Cara mengeja perkataan ros, sen, syif, tiket, volvo, wisel, xenon dan x-ray di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudio i
Audio ii
Nota
26Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Inggeris:
Y dan Z.
Cara mengeja perkataan yoyo dan zoo di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Padanan Huruf Konsonan Bagi Mengeja Kata Serapan Arab:
gh, kh dan q.
Cara mengeja perkataan ghaib, Khamis dan Quran di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
27Jenis Kata Dasar:
1. Ekasuku (satu sukukata)
2. Dua sukukata.
3. Tiga sukukata atau lebih.
Cara menulis perkataan keluasan, luas, jabatan, jabat, seekor, ekor, pen, buku dan basikal di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
28Contoh-contoh kata dasar yang mempunyai satu sukukata, dua sukukata dan tiga sukukata atau lebih.
Cara menulis perkataan zoo, pen, van, wau, dan, buku, siri, sampan, dewan, mata, dahaga, fonetik, pahala, basikal, bakawali, matahari, manifestasi dan selesema di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
291.Huruf vokal alif TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI [a] apabila mengeja kata dasar ekasuku iaitu satu sukukata berpola [KVK]
2. Huruf vokal alif DIKEKALKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI [a] apabila mengeja kata dasar ekasuku iaitu satu sukukata yang bermula dengan HURUF WAU (و)
=> وا
Cara menulis perkataan zoo, mi, ma, jam, van, bas, Jun, sen, wau, wap, wang dan wad di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
Gambar c
AudioNota
30Kata dasar dua sukukata:
1. Huruf vokal alif TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI [a] apabila mengeja kata dasar dua sukukata berpola [KVK]
2. Hukum EWA
Huruf vokal alif DIKEKALKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI [a] jika:
a) Sukukata pertama ialah sukukata terbuka [KV] vokal /e/ taling.
b) Sukukata kedua ialah sukukata tertutup [KVK] dalam bentuk ‘وا’ konsonan Wa (W/a/K)
Cara menulis perkataan rampas, sampan, langgar, lampam, lampu, jampi, lubuk, sisa, mewah, lewah, dewan dan lewat di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
31Hukum EWA dua dan tiga sukukata.
Huruf vokal alif DIKEKALKAN SEBAGAI LAMBANG BUNYI [a] jika:
a) Sukukata pertama ialah sukukata terbuka [KV] vokal /e/ taling.
b) Sukukata kedua ialah sukukata tertutup [KVK] dalam bentuk ‘وا’ konsonan Wa (W/a/K)
Cara menulis perkataan tewas, rewang, gewang, sewat, perewah, kelewang, kedewas dan dewangga di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
Gambar a
Gambar b
AudioNota
32Hukum a/a + 12 Huruf Dua Sukukata: Terbuka, Terbuka.
=> BUANG/ TIADA HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN JIKA:
* Kata jati Melayu
* Sukukata pertama [KV] vokal /a/
* Sukukata kedua [KV] vokal /a/
* Konsonan terakhir [KV] terdiri daripada 12 huruf akronim ‘BETAPA SEGANNYA CIK JAM’ بتڤ سڬنڽ چيك جم
Cara mengeja perkataan raba, mata, sapa, rasa, raga, mana, hanya, baca, raya, baka, raja, nama, sama di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
33Pemgukuhan Siri 32 – Hukum a/a + 12 Huruf Dua Sukukata: Terbuka, Terbuka.
=> BUANG/ TIADA HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN JIKA:
* Kata jati Melayu
* Sukukata pertama [KV] vokal /a/
* Sukukata kedua [KV] vokal /a/
* Konsonan terakhir [KV] terdiri daripada 12 huruf akronim ‘BETAPA SEGANNYA CIK JAM’ بتڤ سڬنڽ چيك جم
Cara mengeja perkataan ‘sama’ di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
34Hukum a/a + 12 Huruf Dua Sukukata Terbuka, Terbuka
=> KEKALKAN HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN JIKA: (LAMPAU KAEDAH/ HUKUM)
* Kata serapan Inggeris atau Arab.
* Salah satu sukukatanya BUKAN [KV] vokal /a/
* Konsonan terakhir [KV] BUKAN terdiri daripada 12 huruf akronim ‘BETAPA SEGANNYA CIK JAM’ بتڤ سڬنڽ چيك جم
Cara mengeja Rabu, mati, sapu, rusa, nyonya, cucu, rayu, baku, dara, sara, mama dan lava di dalam bahasa atau tulisan Jawi.
GambarAudioNota
35Hukum a/a + 12 Huruf TIGA Sukukata. Terbuka, Terbuka, Terbuka.
=> BUANG/ TIADA HURUF ALIF PADA AKHIR PERKATAAN
(Vokal ‘a’ pada akhir perkataan tidak dilambangkan dengan huruf alif.
GambarAudioNota
36Kandungan:GambarAudioNota
37Kandungan:GambarAudioNota
38Kandungan:GambarAudioNota
39Kandungan:GambarAudioNota
40Kandungan:GambarAudioNota

No comments:

Post a Comment